Daging Masak Kicap ala Zaliff

Semalam suami xsihat. walaupun xsihat, dia tetap fikir nak beli lauk utk dinner kami.
Dia mmg bole kata tiap2 hari akan pergi ke Giant Tmn Suria. So, dia beli la sekeping daging marked as indian buffalo block.

Mula2 dicadangkan nk disupkan je. Tp fikir2, semalam baru mkn sup ayam (org demam kan...kena makan sup la). Maka tukar plan nak dijadikan lauk daging goreng kunyit. Fikir punya fikir, itu je binatang yg ada, dan xde lauk kuah, so, tukar la plan jadi daging masak kicap santai2 gitu.

Daging tu asalnya dah siap direbus pada malam sebelumnya. So, senang la. Tinggal hiris dan terus masak. Resmi Zaliff, lauk kicap kena ada kentang wedges. Anak2, mak dan adik-beradik serta anak buah suma suka cara masak camni. Maka, balik keje, terus kopek kentang dan goreng siap2. Sementara tunggu empuk, zaliff hiris la daging yg dah siap direbus tu. Disebabkan daging tu mcm dah terlebih lembut, maka Zaliff deep fried juga daging tu bg garing di luar.

Siap je goreng ni semua, terus zaliff tumiskan rempah penumis, bawang putih dan bawang besar. Buh kicap, masuk air asam jawa yg diperah dgn air rebusan daging, pastu masuk semua hasil yg telah digoreng tadi. Buh ula sikit dlm secubit, maka siaplah lauk kami utk malam tu. Simple je tp sedap. Sampai xleh stop makan daging tu walaupun nasi dah abis. Hehehhe.... Si bujang Ezad, mula2 xmo tambah nasi, tp sebab xleh stop makan lauk ni, maka dia pun bertambah. Cik abang pulak, xyah dilawa...Pandai tambah nasi sndri kan... Habis nasi, kami merata lauk tu sampai kering pulak. Senang. Sekali masak, sekali makan, terus habis. Esok pikir lain.

Ni lah rupa bentuk daging masak kicap zaliff... ade yg terliur rupanya ekk!!

Meh zaliff share resepi ekk (Utk daging 1kg)

Bahan2
1. 1kg Daging (direbus sampai empuk dan dihiris)
2. 2-3 biji Kentang (dipotong bentuk wedges dan dideep fried sampai empuk)
3. Secawan kicap lemak manis. (Masuk sikit2, ikut kesesuaian)
4. Asam jawa (aga2 sebesar sebiji bola pingpong, diperah dgn 1/2 cawan air rebusan daging)
5. 2 biji bawang besar dihiris melintang urat
6. 2 ulas bawang putih (diketuk)
7. Halia sebesar ibu jari sendiri
8. 5-6 biji cili padi hijau (diketuk)
9. Rempah penumis (2 kuntum bunga cengkih, sekuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga dan 1 inci kulit kayu manis)
10. 4-5 sudu minyak untuk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, then masukkan bawang putih, 1/2 drp bawang hiris, cili padi dan halia. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan kicap, air asam jawa dan daging tadi.
3. Bila sebati, masukkan kicap. Then rasakan dgn secubit dua gula.
4. Masukkan kentang dan kacau rata.
5. Siap untuk dihidang.

Dipersilakan cuba ya!! Kalau sedap, sila share dgn kawan2 yg suka masak simple2 mcm zaliff. Kalau senang2 tu, meh la lawat IG zaliff @zaliff untuk idea2 menu harian uols!

Yang ikhlas,
Zaliff


Comments

Popular posts from this blog

Zaliff's Style Spaghetti Bolognese

Salam Perkenalan - Zaliff